Friday 13 December 2013

Me at Pesta Buku 13.12.13 - Best Giler


Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak kaki ni menjejakkan diri ke PWTC. Haha... tengok tadi tak adalah ramai orang sangat. Tahun lepas waktu aku pergi, ramai gila! Bersesak-sesaklah aku nak lalu waktu tu. Haha... Aku pergi dua orang aje. Aku n mak aku. Happy! :'D

Dari pukul 8.00 pagi lebih, sampai dekat KTM, then naik LRT... dah pukul 11.00 pagi dah. Kendian, barulah sampai dekat PWTC. Lebih 12.00 tengah hari. See, dah membazir masa? Ektuali, nak cerita. Waktu tu, aku n mak aku lenggang kangkung turun tangga sebab nak naik komuter. Bila nak sampai dekat pintu komuter tu, TUPP! Tertutup terus. Aku pun dalam hati, aduhai! Itulah, jalan terkedek-kedek mengalahkan itik, memang tertutup teruslah pintu tu. Haha... takdenya nak meraung-raung pintu tu nak terbuka. Pintu tu tak ada belas kasihan tau. Ekekeke.

Then, akhirnya daku sampai gak ke PWTC. Waktu nak masuk tu, dah ternampak dah banner novel yang dijadikan drama. Ingat tadi nak tangkap gambar, terus tak jadi. Malas... ekekeke.

Okey, lepas beli novel Playboy Itu Suami Aku?! by Suri Ryana and Cinta Masam Manis by Wardina Aisyah, terus bayar. Memang aku niat nak beli novel lain, tapi sebab takut bajet tak cukup, okey... aku pasghah ajelah. Kalau ada rezeki tu, insya-Allah tak ke mana. =)

Then, carilah booth yang menarik hati. Tiba-tiba...

"Tu ha... Fajar Pakeer." My mom said.

Erk! Aku terkedu kejap. Alamak, Fajar Pakeer la pulak! "Eh, mama nak pergi mana?"

"Kejaplah, nak tengok kat Fajar Pakeer tu, novel kau ada."

"Alaa... tak payahlah." Puas aku tarik-tarik mak aku, mak aku keraskan diri dia nak pi gak. Okey, aku mengalah. Biarlah, mak aku nak tangkap gambar novel aku aje pun. Haha... sila tampar pipi saya sekarang kalau anda rasa saya bajet. >_<

Tiba-tiba... 

"Mak Iman ke ni?" Orang dekat kaunter, tengah uruskan bayaran tanya tiba-tiba.

Erk! Aku terkedu buat kali kedua. Siapakah yang menanya? Bila aku tengok muka orang tu, aku rasa nak pengsan sebab aku rasa memang kenal dengan orang tu! Wala... nak tau siapa? Jeng, jeng, jeng! Orang tu ialah along a.k.a. Puan Habibah. Hehe... dialah orang yang bertanggungjawab tanya pasal manuskrip aku tu. Semuanya pasal novel aku, dialah yang uruskan. Haha... yang aku hantar manuskrip ajelah. Mohon jangan keliru, okeh? :D

"Ya, saya. Macam mana boleh tahu eh?"

"Nampak mak cik tangkap gambar kat novel MSMT tu. Iman ada?"

"Oh... ada. Ni ha..." Sambil tunjuk ke arahku. Waktu tu aku sengih ajelah. Itu je yang aku tahu sbb aku memang tak jangka pun nak jumpa along dekat situ.

"Oh... ini rupanya. Kenapa datang tak cakap?"

"Kami datang pun secara mengejut aje. Baru semalam decide." Mak aku balas. Ewah, dah macam buat novel pulak daku. Ekekeke...

Tapi, yang pastinya mak aku ada cakap kat aku, staf Fajar Pakeer tu ada bisik kata, "tulah, penulis yang termuda tu." Ahaha... aku senyum ajelah. Tak riak pun, jauh sekali nak berbangga. Semua tu kan Allah yang beri rezeki. Terpulang dekat kita sama ada nak riak atau merendah diri. Haha... that's me. =)

Okey, then. Ada sorang akak tu, beriya nak tangkap gambar ngn aku. Excited mak aku kata. Haha... jumpa novelis manalah tak teruja. Aku pun pernah jugak ada perasaan tu. Mmg muka aku ceria gila ah waktu nak mintak sign penulis. Ekekeke... tu cerita tahun lepas. :P Then, snap, snap, snap, okey, tamat la sesi bergambar. Ecewah... ayat bajet glamour you! Waktu tu memang kerja aku sengih aje tayang gigi. Gila tak kekok? Walaupun baru jumpa first time, dia orang ramah gile wa cakap sama lu! Dekat sini memang aku jadi diri sendiri, tapi kalau jumpa depan2, hah... borak la camna pun, ajaklah beramah mesra camna pun, aku tetap senyum aje. Tu tandanya malu. Ekeke... gelilah cerita pasal ni. Haha... ektuali, banyak lagi kejadian dekat booth FP, tapi macam dah panjang gila cerita ni, so I think better stop.

Sebelum tu, sempatlah aku beli Mr. Sirap Bandung by Nadra Yasmina. Mak aku kata sebab nak ambik hati. Okey, fine. Aku pun ambik memandangkan memang aku dah target nak beli novel ni. Alhamdulillah, tercapai jugak akhirnya. Then, habislah masa kita orang dekat situ. Psst... sebelum tu, sempat gak la bergambar ngn pembuat cover novel aku. Hehe.... ramah gak la. :D And yg lawaknya, dia sangkakan Iman Kyuhee tu lelaki. Nasib baik aku datang, tak adalah dia asyik fikir aku ni penulis lelaki aje kan. Ekekeke...

Then, aku main salam ajelah yang ada dekat booth and dekat ngn kaunter pembayaran. Lantaklah, yang tak kenal pun aku main redah salam. Alhamdulillah, aku guna slogan Malaysia, 'Budi Bahasa Budaya Kita'. Kena la gak ngn diri aku ni walaupun sikit je. Ekekeke...

Lepas tu, target aku nak cari booth P2u/KS. Okay, found! Jumpa booth Penulisan2u. Oh my Allah! Kat sini lagilah banyak pilihan! Rasa macam nak beli aje semua novel dekat situ, (<<--- ahah, bongak!) tapi kesian pulak dekat my mom. Kang takda duit, buat malu je. Ekekeke...

Okey, lepas dah decide novel yang aku dah teliti dan memang terasa ke'best'an dia tu, (<<--- rosak bahasa Melayu!) aku akhirnya pilih novel Pabila Romeo VS Juliet by E-man Sufi, Tiba-tiba, Dia Ada by Rehan Maktar, Suamiku Mr. Blind by Danisyarahmat and Isteriku 19 Tahun by Cikgadis. Okeylah tu. Kira okeylah berbanding tak ada, kan? Hehe...

Then, tamat sudahlah pembelianku di PWTC. Lepas tu, sempat singgah Giant Senawang untuk makan tengah hari walaupun bukan tengah hari lagi. Hahaha! Aku makan nasi ayam. Sedap memang sedap, tapi tang ayam tu ha.. kedekut bonar. Ciput yo, tapi takdolah ciput bonar. Haha...

And guess what, sempat lagi aku singgah MPH hanya semata-mata nak beli novel Awek Pisang Goreng by Syah Shah. Haa... yang novel ni aku tak tau la apa yang dia jampi kat aku sampai aku teringin gila nak miliki novel ni. Ekekeke... alhamdulillah, berjaya gak miliki karya seorang penulis yang sengal ni. Haha... aku memang admire gilalah penulisan dia. Walaupun dia lelaki, tapi dia punya ayat tu tak macam lelaki pun. Kalau dia buat nama pena perempuan, sah orang lain sangka dia perempuan. Ekeke... tabik spring gila dekat dia! Semoga terus tabah dalam penulisan ini. Hehe...

Huhu... inilah novel yang aku dah beli. Melayang beratus2 ringgit. @_@

Nilah muka penulis yang tak berapa cun. Tangkap secara mengejut aje ni. Haha


Okey, setakat ni ajelah kut. Fuh... gila panjang cerita aku. =.=; Haha... papepun, seronok dapat luahkan semuanya dekat sini. Lepas ni, kalau boleh aku nak buat blog ni cerita about me and my novels. Kalau boleh, nak try buat review novel. Itupun kalau haku rajin. Ekekeke...

Tang post2 aku sebelum ni, kan aku ada tulis pasal kehidupan aku selepas jadi novelis kan? Ha... yg tu aku tak sure nak sambung bila. Ikut mood. Ni pun aku sanggup stay up sekejap semata-mata nak siapkan n3 ni. Ekekeke... 

Okeylah, aku blah dulu. Nak tidoq. Sememangnya kenangan aku di PWTC sgt manis. Harap tahun depan pun dapat pergi lagi! :D

Monday 2 September 2013

Hidup Aku Versi Novelis part 1

Wah... ada apa dengan tajuk hari ni? Haha... takdalah. Saja bikin gempaq sikit. :P So, aku kat sini memang nak cerita pasal kehidupan aku selepas bergelar novelis. Ektuali, dah byk kali aku terfikir nk hupdate, tapi seriously, penyakit M aku asyik datang. So, niat aku terabai camtu ja. =.=;

Ok2. Hidup aku sebelum ni biasa2 ja. I'm  just an ordinary girl, humble, low profile, and of course selalu tak tonjolkan diri. But, aku selesa dengan keadaan tu. Biarlah diorg nk kata apa, macamlah aku kisah kan? Tapi, hidup aku sebelum ni sedih jugaklah. BAGI AKU! Bagi orang lain, what do they care? 

Bagi diorg, perangai aku ni sangat pelik. Aku pun tak faham, apa yang pelik sangat pasal aku? Aku pun manusia biasa gak macam diorang. Huh... biarlah. Kalau itu yang boleh buat  diorang bahagia. :))

Then, satu persatu khabar yang aku ni novelis terbongkar, memang buat aku rimas. Everytime, everywhere, (nmpk sgt bongaknya) msti orang tanya aku. 

Pernah satu kali ni, ada akak ni tanya dekat aku. "Nama siapa?"

"Imanina." Aku jawab jujur.

Okey... diam sekejap. Then, akak tu tnya lagi. "Tulis novel ek?"

Erkk... aku dah kejung dah time tu. Dalam hati rasa menyesal pun ada gak. Kenapalah aku tak kata nama aku ni Najwa ke. Tak adalah diorang nak tanya 'tulis novel ke' or something like that!

But, mostly of them tanya dekat aku, "Macam mana buat novel?"

Yang ini soalan yg paling sukar untuk aku jwb. Tpi demi nk jaga hati diorg, aku jawab jugak. "Ermm... ikut imaginasi."

Yalah, mana diorg tak label aku sebagai pelik dah aku ni selalu berangan. Bila org tanya dekat aku, barulah aku terkial-kial apa benda yg diorg cakap tadi. Huh, see? Siapa yang salah sebenarnya? =.=;

Ektuali, aku tulis bukan berdasarkan imaginasi 100%. But, my thought. Why? Katakanlah, aku tgh tulis scene di mana lelaki sedang melamar seorg perempuan. Then, aku tak tau cmna nak sambung. Tiba-tiba, my thought cadangkan aku supaya buat lelaki lamar perempuan tu dekat pantai. And so whatever. That's why la aku dapat create scene yg aku rasa sgt merapu tu. My thought yg suruh! Pelik kan? Haha...

Lagi... hah! Yang ini lagilah aku rasa nak menjerit tahap gaban. Nobel den tu, dah ramai cikgu2 den baco! Allah... malu kot!!! Serius, aku tak tau nak letak mana muka aku yg tak berapa cun ni dekat mana.

"Eh, cikgu dah habis baca dah novel kamu."

"Cikgu dah baca dah novel kamu."

And so onnn....!!! Arghh... aku tak boleh tau kalau ada orang cakap macam ni dekat aku. Why? Sbb nobel tu dah la teruk. Byk scene yg boleh buat aku muntah pulak tu. Seriously I don't like it very much! 

Same thing as...

"Eh, apo tajuk novel eh? Mamat... Tomboi... apa? Minah.... Sport..?"

Argh! Ini lagi buat aku makin sakit jiwa! Dahlah tajuk dia entah benda, lepas tu orang lain selalu salah sebut tajuk novel aku. Aduhaii... boleh biul otak aku jadinya.

So, lepas cikgu aku dah usik aku macam tu, aku terus jerit. "Jangan!!! Jangan cakap. Arghh..." Haha... tapi takdelah kuat sangat. Biasa2 jalah. Nak mampus jerit kuat2. Dahlah time tu banyak orang. Tak ke malu dibuatnya nanti? Tapi aku siap eksyen la geleng kepala sambil tekup kedua-dua belah telinga aku. Nampak sangat yg aku ni dah trauma gile. Haha... sedih betul.

Ermm... lagi, dah tu jelah kut nak cite. Hihi... ini baru part 1. Insya-Allah akan ada part 2. Still tak tau bila lagi boleh update. Hihi... Ektuali byk lagi kejadian aku lepas jadi novelis ni, tapi disebabkan aku dah kesuntukan masa, jadi rasanya tak sempat kut.

Almaklumlah... kan dah nak balik ke asrama lepas dah cuti 3 hari. Urgghh... malasnya nak balik asrama... =.=;


Till then, assalamualaikum. =)

Sunday 5 May 2013

INTEJ

Hei, gila lama tak hupdate blog. Nasib baik takde siapa nak jadi stalker aku kat sini sebab dia takut dengan CCTV yang aku pasang tu. Keh3... >.<


Okeh, so what's up with INTEJ? Di sini aku nak cerita dekat hangpa semua pasal sekolah asrama aku tuh. Well, boleh dikatakan best jugak duk situ, tapi sebenarnya sangat menyeksakan jiwa raga. That sekolah macam nak bunuh jiwa aku tau. Apesal? Korang bayangkanlah, dia kasi balik sebulan hanya sekali je! Serius aku rasa macam nak bakar that asrama. Haha... kidding. Aku kan budak baik, mana berani buad benda tuh semua. =.=;

Hari Sabtu lepas, dia orang ada buad Karnival INTEJ. Secara gilang-gemilang gitu, tapi bagi aku takde la semeriah tahun lepas. Aku kan, bila time ada karnival je, mesti duit aku takde. Sedih den! Duit aku time tu memang la ada, tapi habis dicuri orang. Itulah balasannya letak dekat bawah selimut, yang kena sape? Aku jugak... haha.

Then, nak cerita ape lagi ek?

Oh yeah! Aku baru teringatkan something. MP3 aku dah lama hilang, then akhirnya aku berjaya jumpa semula. Alhamdulillah... aku sangat2 berterima kasih dekat Allah. Yelah, maybe my frenz tengok aku ok je sepanjang aku takde MP3, tapi dalam hati menderita jiwa raga tau! Muahemohemo...

Sebenarnya, MP3 aku ni dicurik orang. Waktu tu, semua aku buad. Mohon petunjuk Allah, berdoa dengan bersungguh-sungguh, buad solat hajat sebab aku nak tau betul ke itu MP3 aku. Dan ternyata memang betul pun tu MP3 aku. Alhamdulillah... =) 

Siapakah orang yang mencurik MP3 aku? Hmm... ektuali, tak naklah bukak aib dia kan. Aku ngn dia dah pun berbaik-baik, jadi tak mo la rosakkan hubungan aku ngn dia. Biarlah dia sedar dengan perbuatan dia. Nak maafkan dia atau dok? Entah! Only dia mengaku kesalahan dia saja, baru aku maafkan dia walaupun hubungan kitorg ok-ok je. 

Okeylah, tu je yg nak cerita. Sekian, assalamualaikum.

Thursday 21 March 2013

Asrama VS Rumah



Hai, dah lama giler tak hupdate blog. Mungkin dah habis bersawang dengan sarang labah-labah. Ceh, just kidding meyh. Hmm... aku baru je balik dari asrama. Alhamdulillah... terlepas jugak beban aku. Serius tension gila duk kat asrama. Duk kat rumah, apa je boleh buat. Hehehe...

Paling mencatat rekod sejarah dalam hidup aku, hampir sebulan aku tak balik! Gilo! Jangan berguraulah. Kalau camnilah, memang boleh gila aku. Haha... nasib baik aku okey.

Then, dalam tempoh tu jugaklah macam2 dugaan aku hadapi. Aku kehilangan 2 kawan aku yang penting. Yang sorang lagi tu dia rapat dgn orang lain, and me... macam terpinggir. Nah, it's sokay. I can stand it for a moment. Yang sorang lagi tu, sangat2 fake! Why? Dia hanya berpura-pura nak kawan ngn aku, tapi kenyataannya hanya Allah aje yg tau. Aku pun actually tak naklah cerita lebih-lebih, takut mengaibkan dia pulak. Tak apalah. Dekat dunia maybe dia yg punya, but who knows dekat akhirat aku yg punya?? :) Insya-Allah... mudah-mudahan.

Okeylah, mungkin tu je kut yg aku nak cerita. Cuti ni memang aku nak guna dgn sebaik yg mungkin. Hehe... :)